Larn Azrai Photography
mempersembahkan
Satu program yang dinamakan ' Bengkel Fotografi Digital ' akan diadakan di Putrajaya selama 2 hari yang akan disampaikan oleh seorang tenaga pengajar yang bertauliah dan sangat berpengalaman luas iaitu saudara Abas Hassan dari Akademi Fotografi Profesional.

Program ini terbahagi kepada 2 hari dan meliputi seisi kuliah ( teori dan  teknikal ) yang padat dan juga penggambaran (amali) yang menarik di sekitar Putrajaya. Program ini terbuka kepada semua pencinta seni fotografi tidak kira mempunyai kamera atau tidak..tidak kira ianya orang baru ataupun lama dalam bidang fotografi.

Jika berminat, sila dahulukan wang pendahuluan sebanyak RM100 ke : Akaun Maybank 164052025063 (Azlan Azraai Bin Mat Tahar) dan baki boleh dijelaskan pada hari pertama bengkel ini berlangsung.

Makan & minum akan disediakan meliputi minum pagi, makan tengahari dan juga minum petang selama 2 hari. Kemudahan surau ada disediakan di Dewan Komuniti ini. Sijil penyertaan disediakan.

Hubungi; Larn @ 012 8399688 / Fadhil @ 012 2747264




















Perkara pertama kelainan yang saya dapati di bengkel ini ialah teknik komunikasi penganjur (Larn Azrai) dan para fasi  dengan para peserta adalah lebih santai dengan permulaan makan pagi + tengahari di kedai mamak…Saya katakan ianya suatu kaedah yang efektif untuk proses suai kenal…. Tenaga pengajar yang profesional – En Abas Hasan telah memberikan erti sebenar makna ASAS ( WAJIB ) yang perlu diketahui oleh beginners macam saya nie…Hazman Fadzil


Bila dah jadi anak murid Encik Abas, baru aku tahu apa yang dikatakan dengan SENI, apa yang dikatakan dengan FOTOGRAFI. Dengan jujurnya, aku akui dulu aku memang kosong dalam fotografi. Sekarang aku dah dapat jalan yang betul dengan apa yang dikatakan dengan fotografi.

ASAS dalam fotografi ni amatlah penting buat photographer. Asas adalah perkara yang WAJIB untuk diketahui. Tak ada asas, apa pun tak akan jadi.

Sertai bengkel ni, memang banyak sangat faedahnya. Dapat kawan baru, sudah semestinya. Dapat ilmu itu la yang amat penting. Terima kasih En. Abas kerana sanggup beri tunjuk ajar dalam fotografi. Tak lupa juga pada penganjur, Abang Larn, para fasilitator, Abang Fadhil, Abang Hafeez Hasmat, Kak Alun, Abang Ash, Abang Mike dll. - Aisyah Ali