BICARAFOTO "FOTOGRAFI & ANDA' SIRI KE-2

Alhamdulillah, Bicarafoto "Fotografi & Anda' Siri ke-2 telah berjalan dgn jayanya. Sambutan diluar jangkaan dgn kehadiran melebihi 100 orang memeriahkan lagi suasana. kami mengucapkan syukur dan jutaan terima kasih pada meraka yang hadir. InsyaAllah kita akan berbicara lagi dalam sesi BicaraFoto akan datang...-Hafeez Hasmat.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih kepada penganjur dan semua yang hadir diprogram ini.

Kepada Sdr Hafeez Hasmat dan rakan rakan WIRA KANTA MALAYSIA yang menganjurkan program ini pada 4 Mac 2011 di Auditorium 1. Komplex Kejiranan Presint 16, Putrajaya, tahniah dan syabas kerana telah berjaya mengumpulkan lebih dari 100 kehadiran membicarakan isu-isu yang berkaitan fotografi.

Diantara yang menarik mengenai program ini yang bermula jam 9.30 mlm hingga 11.30 mlm, ialah masih ramai bertanyakan perkara-perkara asas seperti pemilihan ISO, bukaan Aperture, kelajuan Shutter dan Metering System walaupun telah lama memiliki kamera DSLR. Disini ingin saya meminta maaf kepada yang bertanya kerana penjelasanya agak ringkas disebabkan masa.

Disamping itu isu-isu seperti etika, hakcipta, pelanggan dan lain-lain termasuk juga mengenali saya turut di bangkitkan. Kepada yang mendengarnya, apa yang saya sampaikan itu adalah pandangan dan pendapat saya hasil dari proses pembelajaran dari guru-guru, bahan-bahan bacaan, pengalaman serta kajian yang pernah dan sedang saya lakukan sehingga kini.

Program sebegini adalah diantara cara yang berkesan jika kita mahu meningkatkan ilmu fotografi berbanding sesi-sesi kurang formal dan dikendalikan oleh mereka yang kurang arif dan berkiblatkan keuntungan.

Bangga saya apabila melihat beberapa NAMA BESAR seperti CHOTTOUCH, Abu Nikon, Ashikin Abdullah, Alangraphy Syazwan dan ramai lagi hadir dan yang tidak dapat hadir atas urusan kerja telah memperlihatkan sokongan mereka pada usaha ini.


Termasuk juga kepada mereka yang datang dari negeri-negeri lain. Thank you.

Syabas dan terima kasih sekali lagi semoga apa yang kita perolehi itu dapat dimenafaatkan untuk kebaikan bersama. InsyaAllah.


Foto-foto diatas adalah milik Hafeez.Hhttp://www.facebook.com/#!/notes/hafeez-hasmat/bicarafoto-fotografi-anda-siri-ke-2/158586514195479