FOTOGRAFI & ANDA

Ini adalah satu persoalan yang agak berat kepada mereka yang baru menceburkan dalam bidang ini. Saya kata ini kerana sepanjang pengalaman saya mengajar fotografi, saya dapati ramai fotograper (saya maksudkan yang amatur) sering keliru (blur) dengan kategori apakah yang sebenarnya paling sesuai dengan keinginan dirinya.

Cuba kita lihat pada tombol mod setting yang terdapat pada kamera DSLR. Yang makakah pilihan kita? Setiap satu setting ini telah dilaraskan oleh pembuatnya untuk tujuan tertentu.

Melihat pada ikon-ikon ini terdapat lebih dari 4 pilihan seperti;

1.Potrait
2.Lanskap
3.Mikro
4.Sukan

Ini tidak lagi kita bicarakan katogeri yang lain-lain seperti kandid, underwater, human interest, fine art, action, reporting, dll.

Bagaimanakah kita dapat memastikan kategori apa yang benar-benar sesuai dengan pilihan kita ?

Keadah yang saya cadangkan ialah;

1. Kumpulkan semua foto yang telah anda rakam pada satu folder.

2. Asingkan atau buat pendua foto-foto yang anda suka ke folder baru.

3. Buat beberapa folder baru dan namakan folder-folder itu seperti ;
• Langskap
• Potrait
Close Up
• Sukan/Action
• Lain-lain

4. Asingkan foto-foto yang anda suka itu ke folder masing-masing (sila dapatkan pandangan orang lain jika anda tak pasti)

5. Folder yang mempunyai foto yang terbanyak dari folder-folder lain, itulah katogeri yang paling sesuai dengan jiwa anda.
Setelah mengetahui akan katogerinya maka eloklah anda dapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dari mereka yang sealiran dengan cita rasa anda itu. Ini termasuklah lensa-lensa dan aksesorinya.