PROFESIONAL atau AMATUR
TUKANG GAMBAR-JURUFOTO-FOTOGRAFER

Foto Thehitman Nazri
Saya terpanggil untuk menulis artikal ini kerana ramai rakan-rakan di Facebook terutama yang melibatkan diri dengan fotografi sering mempersoalkan bagaimana hendak jadi fotografer profesional dan siapakah yang layak digelar sebagai Professional Photographer.Perkataan profesional memanglah sesuatu yang dikata hebat jika gelaran ini dikaitkan pada seseorang itu.
Umumnya kepada mereka yang telah lama berkecimpung dalam sesuatu kemahiran dan memiliki peralatan yang canggih akan digelar atau mengelarkan dirinya profesional serta merasakan dia lebih hebat dari amatur ataupun orang yang baru menceburkan diri dalam bidang yang sama.
Ini adalah satu persepsi yang salah kerana penjelasan dari Kamus Dewan, makna ayat profesional ialah bermaksud seseorang yang bergiat dalam satu usaha yang berasaskan kemahiran tertentu dan melibatkan pembayaran. Disini jelas menyatakan tidak kira samaada anda orang baru ataupun dah lama berkecimpung dalam mana-mana bidang kemahiran bukanlah penentu atau sukatan (gauge) yang boleh mengiktirafkan samaada anda itu PRO atau sebaliknya.
Apa yang saya faham dengan penjelasan dari Kamus Dewan mengenai isu siapa yang layak dikatakan atau bergelar profesional itu adalah mereka yang mampu menjadi kemahirannya, seperti fotografi sebagai satu sumber pendapatan. Soal siapa orang baru dan siapa orang lama tidak ada kena mengena dalam isu ini. Begitu juga dengan kos peralatan yang digunakan.
Kesimpulannya pada bidang fotografi, jika anda dibayar untuk merakam foto, tak kisahlah foto apa sekalipun (tak semestinya VIP atau artis mahupun majlis konvokesyen tadika dan sampah dijalanan) anda layak dan berhak digelar sebagai Jurufoto Profesional pada masa itu.
Menurut buku Langford Advance Photography edisi ke-7 membezakan apa itu amatur dan profesional pada fotografer.
Amatur
-Menjana pendapatan tambahan (Part time)
-Bebas merakam apa yang disukai
-Membina idea, pendekatan, subjek dan teknik sendiri
-Tanpa sekatan masa (No date line)
Profesional
-Pendapatan utama (Main income)
-Menepati kehendak pelanggan
-Akur pada peraturan dan etika
-Menepati jadual kerja
Diharap kepada pembaca-pembaca artikal ini dapat membezakan siapa PRO dan siapa sebaliknya. Pada saya fotografi adalah kepuasan bukan status.